Sunday, 1 May 2011

HELL-OOOOOOOOOO WORLD.

Assalamualaikum.

Hey semua !
First of all, aku nak bagitahu ini bukanlah blog aku yang pertama. Actually dulu aku pernah je buat blog tapi aku macam kekeringan idea. Tak tahu nak tulis apa so aku buat keputusan untuk membiarkan blog lama aku digantung tak bertali. Padan muka. Password dia pun aku dah lupa. Bahaha. Blame on you Fatin -.-.

Tetapi bukan itu faktor utama kenapa aku dah tak update blog tu. Faktor sampingan ialah, yalah semua orang tahu aku ni cuma pelajar matrik. I repeat, Matrik beb ! Semua orang pun kalau dengar perkataan matrik tu akan macam 'bapak ah, asal masuk matrik doh. Susah kot nk score' . kn kn? Takpun macam 'heklehh, matrik je ??' . Ya, matrik je. Dengan berbekalkan result SPM aku yang tak seberapa tu, matrik jelah tempat aku menapak. Disini aku ingin meneaskan bahawa takdelah susah mana nak score kat matrik. Macam biasa je pun study kat sana. Lebih kurang samalah macam life dekat asrama penuh. Tapi yang membezakan ialah, kat matrik takda schedule bagai. Ada jadual kelas je. Aktiviti study lain kau kena pandai-pandai nak hidup. Tu yang ada bebudak asrama penuh or Mrsm kecundang ditengah jalan tu. Baru mid-sem dah kena tendang sebab pointer tak lepas. Sebabnya, diorang dah terbiasa dengan 'suapan'. Alaa, mesti masa sekolah pun cikgu korang ada inform sikit-sikit kan pasal life kat matrik ? .

Sebenarnya, belajar kat mana-mana pun sama jee. Yang membezakan ialah usaha kita. Kau tak boleh la nak pertikaikan kepandaian seseorang. Nak cakap dia genius la apa la. Berapa kerat je orang kat dunia ni yg genius beb ? Yang lain tu hanya berbekalkan usaha memasing je. Takde gifted semua tu.

Okay back to the point. Maka disebabkan aku ialah pelajar matrik bukan U, jadi masa untuk aku meluangkan masa untuk mengupdate blog tu terlalu sempit sehinggakan rongga-rongga pernafasan pun jarang-jarang kelihatan. Aku bukan tak update sebab aku struggle bermati-matian ke hapa. Memang tak la kan kau nk tengok aku stay up study. Focus pulak tu. Hanya masa tertentu je kau boleh nampak aku macam tu. Tu pun time dah nak dekat gila dengan exam. Contohnya, esok exam jam 8 pagi, jam 3 pagi baru aku nak terkial-kial mengadap buku. Soooo LAME kan ?

Disini aku ingin berterus-terang bahawa dekat matrik aku memanglah ada Wi-Fi. Tapi Wi-Fi dia biol sikit. Siap nak kena ada password bagai. Wi-Fi student pun ada password kau tau tak. Benci aku. Kalau nak pergi Cyber Cafe semata-mata nak update blog memang taklah kan. Takde mood kot. Dengan orang sekeliling pandang-pandang sambil ketawakan lagi. Memang macam malulah sikit nk update blog dekat CC. Lagipun, CC dekat matrik aku ada satu je. Memang bebudak ni tak putus-putus berkunjung ke CC tersebut. Tak paham aku. Apa yang best sangat entah.

Soo, aku nak minta maaf kepada Followers blog dolu-dolu aku tu sebab buat penat dorang je follow, bukan aku hiraukan pun blog tu. Dah bersawang pun. Jadi ini ialah blog aku yang baru officially. Lepas ni dah takda dah main tukar-tukar blog lagi. Sekiannnn hihi (: